Pages

12 February 2015

Kita Sebenarnya...


Kita Sebenarnya, lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 MUharram.
Kita Sebenarnya, lebih tahu erti 14 Februari daripada hari Jumaat.
Kita Sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
Kita Sebenarnya, lebih suka lepak, tidur, menonton tv, daripada solat.
Kita Sebenarnya, lebih  tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah.
Kita Sebenarnya, lebih suka menyebut Hello!Hai! daripada Assalamualaikum.
Kita Sebenarnya lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid dan bertahmid.
Kita Sebenarnya, lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri.
Kita Sebenarnya, lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama.
Kita Sebenarnya, lebih suka memaki, megumpat orang daripada memuji mereka.
Kita Sebenarnya lebih  cintakan urusan dunia dari urusan akhirat...

Tetapi...apabila orang bertanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab..
KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka.
Layakkah kita dengan syurga milik Allah SWT.?
© Indah Qalbu | Design By MaiGraphikDesign